Monday, July 4, 2011

KEUTAMAAN (Priority/Aulawiyat)


Konsep Keutamaan

Konsep aulawiyat merupakan merupakan refleksi daripada konsep syariah yang fleksibel, ia mengajak bersikap dan bertindak atas dasar keutamaan atau prioriti. Dalam kaedah fiqh ia dirumuskan dalam beberapa kaedah iaitu, "Menolak keburukan lebih diutamakan daripada menghasilkan kebaikan". "Keburukan yang kecil dimaafkan demi mencapai kebaikan yang besar". "Keburukan sementara dimaafkan demi mencapai kebaikan yang kekal". "Kaedah tersebut memberi panduan bagi mengambil dasar, sikap dan tindakan."

Kemudian rumusan itu dapat diluaskan menjadi beberapa perkara iaitu, keutamaan kualiti daripada kuantiti, keutamaan ilmu daripada amal, keutamaan objektif daripada bentuk zahir, keutamaan ijtihad daripada taqlid, keutamaan memudahkan daripada menyusahkan, keutamaan kepentingan umum daripada kepentingan diri sendiri, keutamaan fardu 'ain daripada fardu kifayah, keutamaan hak masyarakat daripada hak individu.

Oleh yang demikian pendekatan perkara asa yang menjadi masalah utama mesti diselesaikan terlebih dahulu sebelum menyelesaikan perkara lain.

Aplikasi Konsep Keutamaan

Dinamika perkembangan zaman dan kemajuan umat manusia menyebabkan terjadi perubahan keadaan manusia, yang secara pasti menyebabkan perubahan berfikir bersikap dan merespon.

Pentingnya memberi tumpuan pada persoalan sebenar yang dihadapai umat manusia sekarang ini dan seterusnya memberi solusi terhadap persoalan yang dihadapi oleh ummah secara tepat, efektif, komprehenship dan menyeluruh.

Persoalan utama yang amat mendesak dikalangan umat adalah masalah kemunduran, kemiskinan yang menyebabkan umat manusia mudah dikuasai dan dicerai beraikan.

Tumpuan bagi mengatasi persoalan umat manusia sekarang ini yang mengalami kemunduran dipelbagai bidang kehidupan seharusnya diberi penekanan.

Oleh yang demikian, penekanan harus diberi terhadap visi dan agenda bagaimana boleh meningkatkan sumber manusia bagi mencapai kemajuan, pembangunan ekonomi bagi mengatasi kemiskinan, menyuarakan perdamaian bagi membina perpaduan dikalangan umat sejagat.